Skip to main content

BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR"

Pengajian Majlis Ta'lim JawharatulMusthofa(Online)๐Ÿ“š

Pimpinan :
 Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff

Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA๐Ÿ’•

Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini



BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR"

Beliau Lahir pada tanggal (23 September 1974) di kota Palembang Beliau adalah anak sulung dari 4 adikberadik, 3 laki-laki dan satu perempuan semuanya sekarang mengajar dan berdakwah. Ayahanda beliau adalah As-Sayyid Luqman Hurrie Al-Kaff Gathmyr dan Ibunda beliau adalah Syarifah Faridah binti Hood Al-kaff. Beliau lahir dari keluarga besar Al-Kaff Palembang. Dari sebelah ayahanda beliau Al-Kaff gathmyr yang terkenal dengan keluarga Terpelajar, berdarah pejuang dan terpandang dikalangan tokoh Orde lama sejarah Indonesia dan dari sebelah Ibunda beliau adalah keluarga Al-Kaff 10 ilir Palembang yang dipenuhi oleh Para alim Ulama dan Wali Allah. Dalam usia 7 tahun beliau masuk sekolah Ibtidaiyah “AL-ADABIYAH” di daerah Sei Bayas Palembang dikala itu Madarasah ini masih memakai bebrapa Kitab kuning sebagai mata pelajaran seperti “DURUSUL FIQHIYAH” dan “AL-AQA’IDUD DINIYAH” susunan Al-Habib Al-Qadhi Abdurrahman As-Segaff. Dalam pendidikan masa Ibtidaiyah ini beliau berprestasi dalam berbagai bidang: penulisan seni Khat(jasa beliau banyak menulis khat di masjid palembang dan tempat bersejarah palembang) , mengarang karya buku agama seperti manakib para wali Allah, buku himpunan sholawat para Wali Allah, (kaligrafi yang kemudian berlanjut) puisi cinta islami dan berbagai bidang lainnya, mewakili madrasah beliau dalam tingkat Kota madya dan Propinsi. Selain itu juga beliau berprestasi dalam kelas. Selain itu beliau juga beliau mengaji Al-Quran dengan bibi beliau sendiri Al-Hubabah Raquan Al-Khirid Juga menghadiri pengajian ilmu Figih ulama besar palembang iaitu Al-‘Allamah Al-habib Muhammad Bin syekh Abubakar (Alim Faqih dzurriyah pangeran Syarif Ali bin Syekh Abubakar ayahnda dari Al-Habib Hamid Nagib bsa-pimpinan Ponpes Al-Khairat Bekasi) di 10 ilir Palembang, tepat dibelakang rumah beliau dikala itu. Dan mengikuti pelajaran Sholat 5 waktu dengan Alllah Yarham Al-Ustadzah Maryam. Dalam masa inilah sekitar tahun (1984-1985) beliau dikedepankan dan ditonjolkan oleh beberapa pemuka masyarakat untuk ditampilkan berceramah sejak dalam usia sekitar 10 tahun lebih, diberbagai kesempatan dan tempat di kota beliau Palembang. Beliau tampil lengkap pakaian sunnah nabi saw dengan Gamis jubah dan Imamah serban dikepala beliau. Yang dipasangkan pertama kalinya dikepala beliau dalam usia 10 tahun oleh seoramg ulama besar palembang waktu itu Al-‘Allamah Al-Habib Muhammad bin Syekh Abu Bakar bin Salim. Ketika ditanyakan apa kesan beliau dikala itu, beliau menceritakan bahwa pada waktu itu beliau dilarang memakai jubah, ketika beliau bertanya kenapa? Jawab Habib Muhammad (Habib Ak):”Itu hanya untuk orang Alim besar”.

Dalam tahun (1987-1988) Beliau melanjutkan pendidikan Tsanawiyah dengan Biasiswa ke Pondok Pesantren “AR-RIYADH” 13 ulu Palembang yg dipimpin oleh Al-Ustaz Al-Habib Ahmad bin Abdullah bin Abdurrahman Al-Habsyi. Pondok Pesantren ini didirikan oleh Al-‘Allamah Al-Habib Abdurrahman Al-Habsyi murid daripada Al Imam Al Qutb Al-Habib Ali bin Muhammad bin Husein Al-Habsyi (Shohibul Maulid simtudduror) . Dalam masa ini beliau belajar dibawah bimbingan dikalangan para alim ulama diantaranya yang dikenal sebagai "Payung Palembang" Al-habib Umar Abdul Aziz bin Abdurrahman Syahab (sekarang pimpinan Rubath Al-Muhibbin Palembang) dan Al-Habib Nouval bin Abdullah Al-Kaff (sekarang pimpinan PonPes Darul Habib-Suka Bumi) dan Allah Yarham Al-Ustadz Abdul Karim (darul Ulum-Mekkah, beliau inilah yang mula pertama kalinya memotivasi beliau untuk mendalami 7 Qa'edah seni Khat) juga dengan Al-Ustadz Abul Khair dan banyak ulama lainnya. Pada tahun (1990-1995) beliau menamatkan pendidikan beliau di Ponpes “AR-RIYADH” ketika ini beliau melanjutkan mendalami Khat dan terlibat berbagai aktifitas Non akademik, beliau sempat pula menjadi penyiar Radio GARUDA di 8 ilir dan aktif mengajar di madarasah malam “BAITUL ULUM” dan mengikuti pengajian malam kitab AL-HIKAM di Majlis Awwabin pimpinan Al-Ustadz Rd.Ali Umar Thoyyib (alumni Darul Hadist Malang Jawa Timur) dan belajar kepada seorang guru yang dikenali oleh masyarakat islam di palembang sebagai wali Allah "Maula Palembang" Al-Wali Al-habib Umar bin Ahmad Syahab (yang kelak akan menjadi Mursyid beliau dalam Thoriqah Salaf Ba'alawi,  thoriqahnya para habaib) yang sebelumnya beliau habibana rafiq juga sempat belajar dan mengambil Thariqah Al-Khalwatiyah dengan Al-‘Allamah KH.Bahri bin Fandaq-Tanjung atap.

Setelah itu atas arahan Allah yarham Al-Ustadz Ali Umar Thoyyib yg disetujui oleh Guru Mursyid beliau Al-Habib Umar Bin Ahmad Syahab, beliaupun lalu melanjutkan pendidikan beliau ke Cimahi Bandung di pondok pesantren DARUS SURUR-CIMAHI-LAGADAR BANDUNG-JAWA BARAT. Selama lebih dua tahun, di pondok pesantren ini beliau mendalami Ilmu Tafsir, Ilmu Nahwu dan Ilmu Tasawuf. Setelah itu sekitar tahun (1994-1995) beliau ke Jakarta dan membuka MAJLIS TA’LIM AL-YUSRAIN-DICEMPAKA PUTIH - JAKARTA PUSAT (yang sekarang dipimpin dan diserahkan kepada murid beliau Alhabib Muhammad shahab) . Sayangnya beliau tak bisa lama aktif di Majlis kerana Ibunda beliau jatuh Sakit di waktu itu, lalu majlis pun diserahkan kepada adik beliau Al-habib Ahmad kazim Al-Kaff untuk diteruskan , kemudian beliau pulang ke Palembang, merawat ibu beliau dan bertemu kembali dengan guru beliau Al-Habib Umar bin Ahmad Syahab Dalam masa ini beliau dan sahabat-sahabat beliau membuat MAULID NABI MUHAMMAD SAW SELAMA 40 MALAM yang pertama kali di Palembang dan pertama kalinya di Indonesia atas "Isyarah" perintah Al-habib umar bin Ahmad Syahab, setelah guru beliau ini wafat di Mekkah waktu menunaikan Haji, beliau lalu menikah, tak lama kemudian Ibunda beliaupun wafat, lalu beliaupun berhijrah Ke jakarta pada tahun 2000 tepat setelah banjir besar melanda Jakarta, dan melanjutkan Dakwah beliau disana, selain meneruskan Majlis Ta'lim Al-Yusrain beliau juga aktif menemani sahabat dan juga merupakan murid beliau Al-habib Hasan Bin Ja’far Assegaff untuk membina Majlis Nurul Musthofa di Cilandak Jakarta Selatan yang masyhur hingga sekarang ini adalah atas jasa beliau dan juga sempat berdakwah bersama Allah yarham Al-Habib Munzir bin Fuad Al-Musawa di Jakarta (pimpinan Majlis Rasulullah) . Beliau kemudian sendirian membuat Majlis Maulid 100 malam, hal ini sempat membuat salah seorang yang dikenali "Paku Bumi Indonesia" Allah Yarham Al-Habib Anis Al-Habsyi (cucu shohibul Maulid Al-habsyi-Solo) kagum dan merestui beliau. Pada masa ini juga beliau mendapatkan Tahqiq pengukuhan, Wasi'ah wal 'Ijazah keizinan dari Al-' 'Alim Al-‘Allamah Al-Habib Abdullah bin Syahab dengan surat dan Mukasyafah dari Al-habib Abdullah bin Muhammad Syahab yang dikenali sebagai 'AINUT-TARIM WA QOLBUHU Hadramaut  yaman disaat ini. (baca juga biografi murid beliau Al-habib Muhammad Syahab yang ada berkaitan dalam hal ini) Pada masa inilah beliau tinggal di Ciputat dan membuat karya karangan yang menjadi rujukan orang banyak dinusantara sampai sekarang, beberapa diantaranya: Buku Managib Sayyidina Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali Ba’alawi RA, Buku Managib Sayyidina Al-Imam Al-Fakhrul Wujud As-Syekh Abu Bakar bin Salim Ra (managib Fakhrul Wujud inilah yang pertama dalam edisi cetakan dalam bahasa.Indonesia) dibagikan dan dijadikan buku panduan pada waktu Khol Syekh Abu bakar bin Salim di Cidodol yg dihadiri oleh Al Alim Al-Allamah Almusnid Al-Habib Umar bin Hafidz BSA dan beliau juga telahpun mendapatkan ijazah keizinan dari habib umar. Buku Managib  Sayyidina Al-Imam As-Syekh Muhammad bin Ali maula Ad-Dawilaih RA dan anak beliau Sayyidina As-Syekh Abdurrahman As-Segaff RA. Juga karya beliau yang lainya: Kumpulan Sholawat para Wali (terjemahan Jami’us Sholawat-As-Syekh Yusuf bin Isma’il An-nabhaniy) dan beberapa buku lainnya. Dalam masa ini beliau sempat menghilang lama, ber 'uzlah di pedalaman Kalimantan Selatan Di dusun Lumpangi Pengaron-Kalimantan Selatan, dan mendirikan majlis sholawat sampai sekarang iaitu Majlis Pembacaan Dalail Al-Khairat disana dan masih berlangsung hinga kini sebagai peninggalan dari beliau. (MAJLIS TA'LIM AL-YUSRAIN - JAKARTA) kemudian diserahkan kepada murid beliau dan memimpin: Ad-Da’I Ilallah Al-habib Muhammad bin Alwi Syahab dan adik beliau Al-habib Ahmad kazim Al-Kaff membuat Majlis dan memimpin di Bandung : (MAJLIS TA'LIM SAYYIDUL WUJUD). Setelah ber Uzlah beliaupun lalu mulai lagi aktif berdakwah dan mempimpin sampai sekarang iaitu (MAJLIS TA'LIM MIFTAHUSSURUR) majlis ini berpusat di banjarmasin - kalsel kalimantan, dan majlis ini didirikan oleh beliau sendiri Al-Allamah Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr sejak Tahun (2014) atas perintah mufti tarim sang Ainut-Tarim Wa Qolbuhu: Al-' 'Alim Al-‘Allamah Al-Wali Al-Habib Abdullah bin Syahab, diberikan nama oleh beliau Majlis Ta'lim Miftahussurur.



Dan link yang tertera dibawah ini juga untuk melihat aktiviti dakwah info-info terkini sang Guru Mulia Habibana Rafiq alkaff yang giat aktif mengajak umat cinta kepada Nabi Muhammad SAW yang di ikuti perkembangannya dari kalangan murid-murid beliau yang berada di sekitar INDONESIA, MALAYSIA, SINGAPORE DAN BRUNEI DARUSSALAM  baik secara majlis rutin di masjid,  rumah dan tak terlepas juga menjadi wadah dakwah di media sosial.

Habibana Rafiq Alkaff juga memuat MAJLIS TA'LIM NURUSSOBAH - DI SANDAKAN SABAH MALAYSIA yang dipimpin oleh murid beliau disana sekarang.

https://www.facebook.com/majlistaklimnurusshabah/

PAGE : SHOHIBUL FADHILAH SAYYIDIL WALID ALHABIB MUHAMMAD RAFIQ BIN LUKMAN ALKAFF GATHMYR.
https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=851095218260361&id=119750814728142

PAGE: MAJLIS TA'LIM MIFTAHUSSURUR.
https://www.facebook.com/Majlistaklimmiftahussururbanjarmasin/

Comments

Popular posts from this blog

"KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW"

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) ๐Ÿ“š   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA ๐Ÿ’• Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH) Lil Habibana Almahbub Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr.    "KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW" Di dalam kitab tafsir Surah Yasin, Syarah Syeikh Hamami Zadah, ada sebuah kisah menarik tentang keistimewaan kemuliaan rida' selendang Baginda Nabi Muhammad SAW.  di riwayatkan bahwasanya ada seseorang sahabat Radhiyallah anhu yang wafat dan Baginda Nabi Muhammad SAW mensolatkan jenazahnya dan Rasul Allah SAW pergi mengantarkan jenazah itu ke pemakamannya dan jenazah itu dimakamkan, kemudian Baginda SAW pulang ke

Senarai Ulama Indonesia

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) ๐Ÿ“š   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA ๐Ÿ’• Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe Habibana Rafiq Alkaff tersenarai dengan barisan para dai pendakwah alim ulama besar lainnya seindonesia๐Ÿ’• #habibalqulublidzawwilqulub #habibanarafiq #jawharatulmusthofa