Skip to main content

"KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW"

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online)📚  

Pimpinan :
 Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff 

Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online
  MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA💕

Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini :


MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH) Lil Habibana Almahbub Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr. 
 
"KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW"

Di dalam kitab tafsir Surah Yasin, Syarah Syeikh Hamami Zadah, ada sebuah kisah
menarik tentang keistimewaan kemuliaan rida' selendang Baginda Nabi Muhammad SAW. 
di riwayatkan bahwasanya ada seseorang sahabat Radhiyallah anhu yang wafat dan Baginda Nabi Muhammad SAW mensolatkan jenazahnya dan Rasul Allah SAW pergi mengantarkan jenazah itu ke pemakamannya dan jenazah itu dimakamkan, kemudian Baginda SAW pulang ke rumahnya. Lalu Sayyidatina ‘Aisyah Radhiyallahu anha berdiri dan memegang serban Nabi SAW dengan tangannya, dan ‘Aisyah berkata: 

“Alangkah mengherankan! Sorban dan baju engkau basah kerana air hujan..?!” padahal pada hari itu tidak ada hujan.

Maka Rasulullah langsung mengetahui bahwa ‘Aisyah RA melihat air hujan Alam Ghaib. Lalu berkata Rasul Allah SAW: 

“Pada hari ini dengan apa kau menutupi kepalamu?” , ‘Aisyah RA menjawab: “Aku menutupi kepalaku dengan rida'(selendang)-mu..”.

Kemudian berkata Nabi SAW: “Wahai ‘Aisyah, selendang itu telah mengangkat hijab dari matamu, oleh kerananya engkau mampu melihat air hujan Alam Ghaib”.

Selanjutnya Rasulullah SAW bersabda: “Wahai ‘Aisyah, di Alam Ghaib terdapat hujan, mendung, matahari, bulan, tidaklah ada yang mampu melihatnya kecuali Wali-Wali Allah dan orang-orang shaleh”.

disebutkan bahwasanya di dalam Alam Ghaib terdapat langit, bumi, gunung-gunung, lautan, ‘Arsy, Kursiy, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dan Alam ini (dunia) jika dibandingkan dengan Alam Ghaib bagaikan satu tetes air berbanding dengan lautan.

terbukanya hijab dari penglihatan Sayyidatina ‘Aisyah Radliyallahu ‘Anha hingga dapat melihat bukti keberadaan Alam Ghaib dengan kemuliaan rida' selendang Baginda Nabi Muhammad SAW.

Segala sesuatu yang berkaitan dan berhubungan dengan Baginda Rasul Allah SAW,  maka ia pun akan turut menjadi Mulia, mendapat barokah dan mendatangkan rahmat. Selamat dari azab. Bahagian 6.


Comments

Popular posts from this blog

BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR"

Pengajian Majlis Ta'lim JawharatulMusthofa(Online)📚 Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA 💕 Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR" Beliau Lahir pada tanggal (23 September 1974) di kota Palembang Beliau adalah anak sulung dari 4 adikberadik, 3 laki-laki dan satu perempuan semuanya sekarang mengajar dan berdakwah. Ayahanda beliau adalah As-Sayyid Luqman Hurrie Al-Kaff Gathmyr dan Ibunda beliau adalah Syarifah Faridah binti Hood Al-kaff. Beliau lahir dari keluarga besar Al-Kaff Palembang. Dari sebelah ayahanda beliau Al-Kaff gathmyr yang terkenal dengan keluarga Terpelajar, berdarah pejuang dan terpandang dikalangan tokoh Orde lama sejarah Indonesia dan dari sebelah Ibunda beliau adalah keluarga Al-Kaff 10 ilir Pa

Senarai Ulama Indonesia

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) 📚   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA 💕 Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe Habibana Rafiq Alkaff tersenarai dengan barisan para dai pendakwah alim ulama besar lainnya seindonesia💕 #habibalqulublidzawwilqulub #habibanarafiq #jawharatulmusthofa