Skip to main content

MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH) - Lil Habibana AlMahbub Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr.


Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online)📚  
Pimpinan :
 Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff 
Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online
MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA💕
Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini :
MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH) - Lil Habibana AlMahbub Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr. 
"Kisah seorang yahudi di zaman Nabi Musa AS, 
 yang mengagumi dan memuliakan Baginda Nabi Muhammad SAW"
Orang yang mempunyai ikatan hati dengan Baginda Nabi Muhammad SAW akan mengundang rahmat Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Kerana hatinya sudah ditakluki rasa cinta kepada kekasih Allah iaitu Sang pemberi syafa’at pembawa rahmat seluruh alam semesta Sayyidina Wa Mawlana Rasulillah Muhammad SAW dan inilah pegangan ahlussunnah waljamaah mazhab cinta jalan menebarkan cinta. Firman Allâh Azza wa Jalla yang wajib kita imani :
ÙˆَÙ…َا Ø£َرْسَÙ„ْÙ†َاكَ Ø¥ِÙ„َّا رَØ­ْÙ…َØ©ً Ù„ِÙ„ْعَالَÙ…ِينَ
Dan tiadalah Kami (Allah) mengutus engkau (Muhammad), kecuali untuk menjadi rahmat bagi semesta alam. 
(QS. Al-anbiya’ :lO7).
Ada sebuah riwayat kisah bani israil di zaman Nabi Musa Alaihissalam di dalam kitab Hujjatullah ‘Alal ‘Alamin hal 124 Lis Syaikh Yusuf bin Ismail An-Nabhaniy rahimahullah , bahwa sesungguhnya ada seseorang dari umatnya Nabi Musa AS yang senantiasa berbuat mungkar kejahatan selama 200 tahun. Setelah dia meninggal, umat Bani Israil membuangnya di tempat sampah. Lantas Allah Subhanahu Wa Ta'ala Berfirman kepada Nabi Musa Alaihissalam;
          “Wahai Musa (Nabi-Ku), uruslah jenazah hamba-Ku (yang terbuang di tempat sampah). Mandikan, kafankan, sholatkan dan kuburkanlah dengan cara yang terhormat”
Nabi Musa AS kemudian berkata kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala ; “Ya Allah Ya Robbi, sesungguhnya banyak sekali dari umatku (Bani Israil) yang telah menyaksikan perilakunya yang buruk tidak terpuji selama 200 tahun, sehingga mereka membuangnya di tempat sampah…”
Allah Subhanahu Wa Ta'ala kemudian Berfirman kepada Nabi Musa Alaihissalam:
          “Wahai Musa, memang benar apa yang disaksikan oleh umatmu (Bani Israil), akan tetapi, yang telah Aku ketahui (sendiri) bahwa sesungguhnya, di akhir hayatnya, dia setiap kali membuka Kitab Suci Taurat dan melihat nama kekasih-Ku (Nabi Muhammad SAW) dia sangat mengagumi dan mencintainya sampai-sampai dia mencium nama tersebut dan menaruhnya di kedua matanya, dengan senantiasa bersholawat kepadanya (Nabi Muhammad SAW). Oleh sebab itulah Aku (Allah Subhanahu Wa Ta'ala ) telah mengampuni seluruh dosa-dosanya dan akan Aku masukkan dia ke syurga dengan memberinya istri 70 bidadari yang cantik jelita..”
          Maka, setelah itu kecintaan Nabi Musa AS kepada Baginda Nabi Muhammad SAW semakin memuncak, sampai Beliau rindu ingin bertemu dengan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Mencintai Rasul Allah SAW akan mendapat kemuliaan dan kerahmatan daripada Allah SWT. Sungguhpun umat hari ini tidak berpeluang menatap wajah Rasulullah SAW, tetapi perasaan cinta kepada Baginda tetap diterjemahkan dengan pelbagai cara asalkan tidak bercanggah syariat Islam.
Segala sesuatu yang berkaitan dan berhubungan dengan Baginda Rasul Allah SAW,  maka ia pun akan turut menjadi Mulia, mendapat barokah dan mendatangkan rahmat. Selamat dari azab. Bahagian 5.
 Allahumma solli wasallim wabaarik alaihi wa ala aalih wasohbih

Comments

Popular posts from this blog

BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR"

Pengajian Majlis Ta'lim JawharatulMusthofa(Online)📚 Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA 💕 Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR" Beliau Lahir pada tanggal (23 September 1974) di kota Palembang Beliau adalah anak sulung dari 4 adikberadik, 3 laki-laki dan satu perempuan semuanya sekarang mengajar dan berdakwah. Ayahanda beliau adalah As-Sayyid Luqman Hurrie Al-Kaff Gathmyr dan Ibunda beliau adalah Syarifah Faridah binti Hood Al-kaff. Beliau lahir dari keluarga besar Al-Kaff Palembang. Dari sebelah ayahanda beliau Al-Kaff gathmyr yang terkenal dengan keluarga Terpelajar, berdarah pejuang dan terpandang dikalangan tokoh Orde lama sejarah Indonesia dan dari sebelah Ibunda beliau adalah keluarga Al-Kaff 10 ilir Pa

"KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW"

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) 📚   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA 💕 Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH) Lil Habibana Almahbub Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr.    "KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW" Di dalam kitab tafsir Surah Yasin, Syarah Syeikh Hamami Zadah, ada sebuah kisah menarik tentang keistimewaan kemuliaan rida' selendang Baginda Nabi Muhammad SAW.  di riwayatkan bahwasanya ada seseorang sahabat Radhiyallah anhu yang wafat dan Baginda Nabi Muhammad SAW mensolatkan jenazahnya dan Rasul Allah SAW pergi mengantarkan jenazah itu ke pemakamannya dan jenazah itu dimakamkan, kemudian Baginda SAW pulang ke

Senarai Ulama Indonesia

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) 📚   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA 💕 Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe Habibana Rafiq Alkaff tersenarai dengan barisan para dai pendakwah alim ulama besar lainnya seindonesia💕 #habibalqulublidzawwilqulub #habibanarafiq #jawharatulmusthofa