Skip to main content

MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI YANG TERPILIH)


Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online)๐Ÿ“š  

Pimpinan :
 Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff 

Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online
  MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA๐Ÿ’•

Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini :



MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA  NABI YANG TERPILIH) 

1.Berkah air liur baginda Nabi SAW
Dinukil dari kitab Khosoisul Kubro Imam Suyuti,
dari Wail bin Hajar berkata:
" didatangkan kepada Nabi shallallahu alaihi wasallam sebuah timba berisi air maka Nabi meminumnya dari timba tersebut kemudian (sisa airnya) di tuangkan kedalam sumur ."
atau Wail berkata : " kemudian Nabi meludah di
dalam sumur maka tercium bau semerbak dari sumur seperti baunya minyak misik."
( HR. Ahmad, Ibnu Majah, Albaihaqy dan Abu Nu'aim.)

dari Sayyidina Anas sesungguhnya Nabi shallalahu alaihi
wasallam meludah didalam sumur di rumahnya maka tiadalah sumur di madinah yg lebih manis dan segar airnya daripada sumur tersebut."
(HR. Abu Nu'aim)

 2.Para Sahabat Radhiyallah Anhum Ajma'in bertabaruk dengan Darah Baginda Nabi Muhammad SAW.
Syed Sofiuddin: Imam Tabrani meriwayatkan daripada Safinah r.a katanya: Suatu ketika, Nabi Muhammad SAW berbekam. Setelah itu, baginda SAW bersabda: "Ambillah darah ini dan tanamlah ia daripada (dilihat) oleh binatang, burung dan manusia".

Lalu, aku pun menyembunyikannya dan meminumnya.
Kemudian, aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah SAW, maka baginda SAW pun ketawa.
(Al-Haithami dalam Majma' mengatakan bahawa rijal Al-Tabrani adalah thiqah. 8:270)

 Ibnu Hibban meriwayatkan dalam al-Dhu'afa', daripada Ibnu Abbas beliau berkata: "Nabi SAW pernah dibekam oleh seorang pemuda dari bangsa Quraisy. Setelah selesai dibekam, dia mengambil darah baginda SAW lalu membawanya ke balik dinding. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri, tiada seorang pun yang kelihatan. Lalu dia menghisap darah itu hingga habis. Kemudian dia menghadap Nabi SAW."

Baginda memerhatikan wajahnya, lalu bersabda: "Celakalah engkau. Apakah yang telah engkau lakukan dengan darah itu?"
Dia menjawab: "Aku menyorokkannya di belakang dinding."
Nabi SAW bertanya: "Di manakah engkau menyoroknya?"
Dia menjawab: "Wahai Rasulullah! Aku tidak suka jika darahmu itu aku tumpahkan ke bumi. Sebenarnya darahmu itu ada di dalam perutku." Rasulullah SAW bersabda: "Pergilah. Engkau telah memelihara dirimu daripada api neraka."
(Al-Qustallani, al-Mawahib al-Laduniyyah,1:284)

 Dalam Sunan Sa'id ibn Mansur melalui jalan 'Amru ibn Sa'ib disebut: "Telah sampai berita kepadanya bahawa Malik ibn Sinan r.a, bapa Abu Sa'id al Khudri, tatkala muka Nabi Muhammad SAW luka dalam peperangan Uhud, dia menghisap darah baginda SAW sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya."

Nabi SAW bersabda: "Muntahkan darah itu!" Malik r.a menjawab: "Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya."
 Bahkan, dia menelannya.

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini."

Ternyata, dia gugur syahid dalam peperangan Uhud.

 Imam Tabrani juga meriwayatkan hadis seperti itu. Antara lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mencampurkan darahku dengan darahnya, nescaya tidak akan disentuh api neraka".
(Al-Haithami mengukuhkan hadis ini dalam Majma'nya, 8:270)

Daripada 'Amir ibn Abdullah ibn Zubair mengisahkan ayahnya pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah datang kepada nabi ketika baginda sedang dibekam.
Setelah selesai dibekam, Baginda SAW bersabda: "Wahai Abdullah (ibn Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang tidak seorang pun dapat melihat kamu."

Setelah meninggalkan Rasulullah SAW, dia mengambil darah itu, lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Rasulullah SAW bertanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan darah itu?" Dia menjawab: "Aku telah sorokkannya di tempat yang sangat tersorok, yang aku tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai."

Baginda SAW bersabda: "Boleh jadi engkau telah meminumnya?" Dia menjawab: "Ya".
Nabi SAW bersabda: "Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia." (riwayat Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah dan oleh Al-Haithami dalam Majma')

Abu Musa mengatakan bahawa Abu 'Asim berkata: "Mereka (para sahabat) berpendapat bahawa kekuatan yang terdapat pada Abdullah ibn Zubair itu disebabkan keberkatan darah tersebut."

Dalam riwayat Imam al Dar Qutni daripada hadis Asma' binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: "Dan kamu tidak akan disentuh api neraka".

 Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba'il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah SAW, meruap bau wangi semerbak kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia mati syahid. (Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)

 Segala sesuatu yang berkaitan dan berhubungan dengan Baginda Rasul Allah SAW,  maka ia pun akan ikut menjadi Mulia, mendapat barokah dan mendatangkan rahmat. Selamat dari azab. Bahagian 3

Comments

Popular posts from this blog

BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR"

Pengajian Majlis Ta'lim JawharatulMusthofa(Online)๐Ÿ“š Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA ๐Ÿ’• Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe BIOGRAFI : "AL-'ALLAMAH AL-HABIB MUHAMMAD RAFIQ AL-KAFF GATHMYR" Beliau Lahir pada tanggal (23 September 1974) di kota Palembang Beliau adalah anak sulung dari 4 adikberadik, 3 laki-laki dan satu perempuan semuanya sekarang mengajar dan berdakwah. Ayahanda beliau adalah As-Sayyid Luqman Hurrie Al-Kaff Gathmyr dan Ibunda beliau adalah Syarifah Faridah binti Hood Al-kaff. Beliau lahir dari keluarga besar Al-Kaff Palembang. Dari sebelah ayahanda beliau Al-Kaff gathmyr yang terkenal dengan keluarga Terpelajar, berdarah pejuang dan terpandang dikalangan tokoh Orde lama sejarah Indonesia dan dari sebelah Ibunda beliau adalah keluarga Al-Kaff 10 ilir Pa

"KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW"

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) ๐Ÿ“š   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA ๐Ÿ’• Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe MAJLIS TA'LIM JAUHARATUL MUSTHOFA (PERMATA NABI MUHAMMAD SAW YANG TERPILIH) Lil Habibana Almahbub Alhabib Muhammad Rafiq bin Lukman Alkaff Gathmyr.    "KEISTIMEWAAN RIDA' (SELENDANG) BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW" Di dalam kitab tafsir Surah Yasin, Syarah Syeikh Hamami Zadah, ada sebuah kisah menarik tentang keistimewaan kemuliaan rida' selendang Baginda Nabi Muhammad SAW.  di riwayatkan bahwasanya ada seseorang sahabat Radhiyallah anhu yang wafat dan Baginda Nabi Muhammad SAW mensolatkan jenazahnya dan Rasul Allah SAW pergi mengantarkan jenazah itu ke pemakamannya dan jenazah itu dimakamkan, kemudian Baginda SAW pulang ke

Senarai Ulama Indonesia

Pengajian Majlis Ta'lim Jawharatul Musthofa(Online) ๐Ÿ“š   Pimpinan :  Sayyidi Al Habib Muhammad Rafiq Al kaff  Kepada sesiapa yg ingin mengikuti pengajian online    MAJLIS TAKLIM JAWHARATUL MUSTHOFA ๐Ÿ’• Klik join group invite link yg tertera seperti dibawah ini : https://chat.whatsapp.com/GenEqGf2DFa6B3MulYMyfe Habibana Rafiq Alkaff tersenarai dengan barisan para dai pendakwah alim ulama besar lainnya seindonesia๐Ÿ’• #habibalqulublidzawwilqulub #habibanarafiq #jawharatulmusthofa